Program Celik IT Dan Advokasi Taska Surau Darul Yassin

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Celik IT Dan Advokasi Taska Surau Darul Yassin. Seramai 9 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring turut serta dalam program ini. Tujuan program ini diadakan ialah memperkenalkan dan mendedahkan kepada kanak-kanak Taska tentang wujudnya Pusat Internet. Program ini juga mendedahkan kepada kanak-kanak tentang asas komponen komputer dan memperkenalkan pembelajaran secara asas talian (E-learning). Kanak-kanak Taska Surau Darul Yassin juga diperkenalkan dengan 3D Printer serta penerangan secara ringkas dengan perisian TinkerCad.

Program ini berlangsung selama 4 jam bermula pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali